UBT group

UBT group

Sunday, February 6, 2011

BAS BANDAR KUALA TERENGGANU (CAS LIGAS)









Kepada semua pembaca, sedikit info mengenai bas Cas Ligas berbentuk kayu rumah bergerak:


LALUAN:
C01 SYAHBANDAR KE CENDERING VIA MBKT TERMINAL-HOSPITAL-BT BURUK-MASJID TERAPUNG-UITM
C02 SYAHBANDAR KE TMN TMDN ISLAM VIA MBKT TERMINAL-MYDIN MALL
C03 SYAHBANDAR KE GONG BADAK VIA MBKT TERMINAL-MYDIN-P.DUYUNG-BT ENAM-UMT-UNISZA


WAKTU PERJALANAN:

RUJUK GAMBAR DILAMPIRKAN.

TAMBANG: RM1-RM2 SEHALA BAS BERHAWA DINGIN

INFO:

Merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan sistem pengangkutan bas awam di Negeri Terengganu dengan menyediakan perkhidmatan bas sebagai mod pengangkutan awam. Ianya merupakan sistem pengangkutan yang bersepadu, selamat, dipercayai dan efisien kepada rakyat negeri Terengganu. CaS Ligas Sdn. Bhd. adalah sebuah anak syarikat yang diperbadankan sepenuhnya oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan telah di tubuhkan pada 22 Ogos 2007.
Rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.
Bas dilengkapi dengan alat penghawa dingin bagi keselesaan penumpang serta dilengkapi dengan mesin tiket elektronik untuk memudahkan pembayaran tambang bas. (SUMBER WEBSITE RASMI:www.casligas.com.my)

No comments:

Post a Comment