UBT group

UBT group

Saturday, August 31, 2013

SALAM MERDEKA MALAYSIAKU

SIARAN MEDIA ALTERNATIF SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 56

Kita sudah 56tahun merdeka dari penjajah. Walaupun kita sudah lama merdeka dan pelbagai kemajuan telah dicapai muncul lah puak puak bodoh ingin merekacipta bendera berbentuk singapore tu....hmmmmm aku paling x suke dkt negara kita adalah politik yang terlampau taksub....baik pembangkang, baik kerajaan....jadi dengan ini saya menyeru kepada semua peminat bas agar BIJAK didalam berpolitik...senang cerita perkara yang betul kita sokong yang xbetul kita jgn sokong....mudah....

Walau apapun saya bangga berada di malaysia...saya sudah berjaya mencapai cita cita saya dan berharap generasi seterusnya menggarap masa depan negara kita yng tercinta....

Engr. Noor Aiman
1.9.2013
PEMILIK BLOG PEMINAT BAS AIMAN

Monday, August 26, 2013

Warna warni bas di MBKT 26.7.2013

Nikmatilah pic pic bas yang berjaya di snap....

Transnasional Skyview3

Transnasional merupakan salah sebuah entiti ktb telah mengorak langkah dengan penggunaan bas double decker terkini.... Skyview3 dengan kapasiti 67 penumpang menjanjikan  sedikit keselesaan berbanding Skyview2 dan first batch. Kepada mereka yang tidak kisah terhadap arrangement seat ekonomi Skyview3 menjanjikan pengalaman terbaik... mereka yang tidak gemar jgn lah mengomel lebih...pilihan di tangan anda.... saya sebagai peminat bas tegar mengucapkan selamat datang Skyview3 ke laluan terengganu.....

Friday, August 23, 2013

TAKZIAH KEPADA KELUARGA KEMALANGAN BAS GENTING



SIARAN MEDIA ARUS ALTERNATIF


Assalamualaikum WBT,

Di kesempatan ini, saya dan peminat bas seluruh dunia mengucapkan salam takziah terhadap tragedi berdarah tersebut. Seperti biasa di Malaysia, setiap kali nahas berlaku maka akan ramailah lahirnya jaguh-jaguh tak bertauliah didalam memberikan kenyataan termasuk AHLI POLITIKUS YANG 24JAM BERPOLITIK. Manakala warga wartawan kita pula dilihat seperti tidak membuat rujukan sebelum mengeluarkan berita di dada akhbar.

Saya juga pelik dan jelik, kerana di Malaysia pelbagai agensi yang mahu membuat kajian/laporan terhadap kemalangan. Macam macam lah muncul MIROS,JKJR,NIOSH,SPAD,KEM pengangkutan, PUSPAKOM dan lain lain. Last last seperti diketahui umum hasil laporan tersebut entah ke mana....

Saya juga merasakan kajian yang dijalankan hendaklah melihat kepada aspek kebajikan pemandu seperti:


  • Gaji BERSIH dan bukan OT yang diterima (adakah patuh kepada Akta Gaji Minimum)?
  • Tahap kesihatan?
  • Tempoh bekerja (kerana sepanjang saya bergaul mereka ini bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari)?

Justeru  itu saya sama sekali tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang hanya pandai menyalahkan pihak industri BAS!!!!!! 

Sekali lagi, saya mengucapkan takziah kepada yang terlibat.


24.8.2013
Pemilik Blog Peminat Bas Aiman
Engr. Noor Aiman Bin Samsudin

Sunday, August 11, 2013

12.8.2013 HENTIAN CHERATING

Selepas pulang berhari raya bersama sanak saudara tiba masa pulang ke kota....di hentian ini iaitu restoran D Cherating merupakan tempat rehat popular / port baik untuk bas bas sp bumi. Namun bas lain seperti transnasional, maraliner, mata air turut melepak disini......

11.8.2013 suasana balik aidilfitri di MBKT

Untuk tatapan semua, suasana pulang dari desa di terminal MBKT.

Sunday, August 4, 2013

5.8.2013 HENTIAN CHENDOR

Hentian Chendor Cherating Pahang merupakan salah satu tempat rwhat bas ekspres sektor terengganu. Bas yang selalu berhenti disini adalah:

Transnasional, sani express dan mutiara ekspres

One express AYO1

Extra trip KTGanu-KL-shah alam...
1030 malam
1.8.2013