SIARAN MEDIA ARUS ALTERNATIF
Assalamualaikum WBT,
Saya juga pelik dan jelik, kerana di Malaysia pelbagai agensi yang mahu membuat kajian/laporan terhadap kemalangan. Macam macam lah muncul MIROS,JKJR,NIOSH,SPAD,KEM pengangkutan, PUSPAKOM dan lain lain. Last last seperti diketahui umum hasil laporan tersebut entah ke mana....
Saya juga merasakan kajian yang dijalankan hendaklah melihat kepada aspek kebajikan pemandu seperti:
- Gaji BERSIH dan bukan OT yang diterima (adakah patuh kepada Akta Gaji Minimum)?
- Tahap kesihatan?
- Tempoh bekerja (kerana sepanjang saya bergaul mereka ini bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari)?
Justeru itu saya sama sekali tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang hanya pandai menyalahkan pihak industri BAS!!!!!!
Sekali lagi, saya mengucapkan takziah kepada yang terlibat.
24.8.2013
Pemilik Blog Peminat Bas Aiman
Engr. Noor Aiman Bin Samsudin
No comments:
Post a Comment